KUCHING: Seorang lelaki hampir kehilangan jari kanan selepas terkena mercun dalam satu kejadian di Kampung Mang, Kota Samarahan.
Mangsa yang berusia 28 tahun itu dikatakan sedang menyalakan mercun berkenaan namun tidak sempat melemparnya apabila ia meletup tidak jauh dari tangannya.
Dia kemudian dikejarkan ke Pusat Jantung Sarawak oleh keluarganya sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans untuk menerima rawatan lanjut sekitar jam 10 malam.
Dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri patah kaki apabila dilanggar kereta yang sedang mengundur di sebuah rumah di Kampung Sematan, dekat sini.
Dalam insiden sekitar jam 4 petang itu, mangsa dikatakan berada di belakang kereta yang dipandu oleh kakaknya.
Mangsa kemudian dirujuk ke HUS untuk menerima rawatan lanjut. -TheBorneoPost
Nyaris Hilang Jari Gara-Gara Bermain Mercun
Reviewed by Azmin
on
July 05, 2016
Rating:
No comments: