Seo Services

Op Bersepadu: 56 Individu Ditahan Bantu Siasatan



KUCHING: Polis Sarawak menahan seramai 56 individu dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah oleh Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti(JPJKK) Kontinjen Sarawak di sekitar empat lokasi panas yang menjadi tumpuan iaitu di Kuching, Bau, Padawan dan Kota Samarahan .

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak Dato Haji Abdul Aziz Yusuf berkata, kejadian yang berlaku dalam dua minggu lepas telah menggusarkan masyarakat disini amnya dan pihak kami telah menjalankan Op Bersepadu yang dimulakan sejak 11 hari lalu di keempat-empat kawasan panas tersebut .

“Kami akan lebih peka mengesan kesemua suspek yang disyaki bagi membantu siasatan polis dalam beberapa kes yang dilaporkan berberapa minggu lalu dengan cara smart op dengan menggunakan alat-alat yang telah dibekalkan seperti mobile card dan mcops," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota yang bertugas di Balai Polis Sekama semalam.

Beliau menambah, fasa pertama Op Bersepadu akan berakhir pada 5 Julai ini dan akan disambung semula selepas sambutan perayaan Hari Raya yang bakal tiba kurang seminggu sahaja lagi.

Abdul Aziz menyeru agar orang ramai memberi kerjasama dalam mengesan serta menyalurkan maklumat mengenai orang-orang yang dikehendaki polis, orang yang mencurigakan dan aktiviti tidak sihat di sekitar pusat hiburan serta aktiviti perjudian kepada pihaknya dalam usaha membendung jenayah seperti aktiviti mesin perjudian haram, pusat siber kafe dan pusat hiburan tanpa lesen serta mengesan suspek jenayah, dadah dan lain-lain kesalahan.

Turut hadir Ketua jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Kontinjen Sarawak SAC Che Yussof Che Ngah, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Ernest John dan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.-Sarawakiana


Op Bersepadu: 56 Individu Ditahan Bantu Siasatan Op Bersepadu: 56 Individu Ditahan Bantu Siasatan Reviewed by Unknown on July 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.