Seo Services

Jemaah Haji Wajib Pakai Gelang Tangan Elektronik


RIYADH: Jemaah haji tahun ini perlu memakai gelang tangan elektronik (e-gelang) bagi membolehkan pihak berkuasa menyediakan khidmat penjagaan yang lebih berkesan dan mengenal pasti jemaah.

Langkah itu diambil susulan tragedi rempuhan pada 24 September lalu, yang mengorbankan lebih 2,297 jemaah.

Menurut Arab News dan Saudi Gazette, gelang tangan itu kalis air, dihubungkan dengan sistem lokasi GPS dan menyimpan maklumat peribadi setiap jemaah, termasuk alamat dan rekod perubatan.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Nayef, yang juga Menteri Dalam Negeri yang mempengerusikan Jawatankuasa Haji, mengarahkan siasatan segera dijalankan selepas tragedi rempuhan tahun lalu tetapi tiada maklumat dikeluarkan mengenai hasil siasatan.

Tragedi berlaku ketika jemaah dalam perjalanan melakukan rukun melontar di Mina. Selain itu, lebih 800 kamera pengawasan juga dipasang di Masjidil Haram. - KLXpress
Jemaah Haji Wajib Pakai Gelang Tangan Elektronik Jemaah Haji Wajib Pakai Gelang Tangan Elektronik Reviewed by Azmin on July 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.