Seo Services

Sarawak Mampu Ke Perlawanan Akhir


KUCHING: Skuad muda Sarawak yang beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 diyakini mampu melayakkan diri ke pentas final temasya dwi-tahunan tersebut.

Pengurus pasukan bola sepak SUKMA, Datu Abu Bakar Marzuki berkata, skuad Sarawak diperkuat beberapa pemain berpengalaman seperti Tommy Mawat, Rodney Calvin dan Nurshamie Iszuan.

"Mereka (Tommy dan Rodney) ini merupakan tonggak utama skuad senior sementara Nurshamie adalah pemain sayap utama skuad kebangsaan bawah 23 tahun," katanya.

Menurutnya, seramai 18 pemain terbaik untuk menghadapi temasya tersebut sudah dikenalpasti.

Sarawak diundi dalam kumpulan C bersama Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Perlawanan pertama menyaksikan Sarawak menentang Terengganu pada 20 Julai dan Wilayah Persekutuan (24 Julai). -Sarawakiana.
Sarawak Mampu Ke Perlawanan Akhir Sarawak Mampu Ke Perlawanan Akhir Reviewed by Unknown on July 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.