KUCHING : Keseluruhan rakyat Sarawak termasuk masyarakat Bidayuh perlu sentiasa bersiap sedia dengan ledakan teknologi masa kini, kata Menteri Belia dan Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong.
Beliau berkata, perkembangan itu menuntut setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini jika tidak mahu ketinggalan disebabkan kecanggihan teknologi.
"Menunggu bukan langkah bijak kerana kita perlu selari dengan perubahan. Ini kerana pada masa depan setiap industri akan dikuasai teknologi terkini dan ia memerlukan masyarakat yang lebih bersedia terutama dalam aspek pendidikan," katanya berucap pada majlis penyampaian insentif pelajar di sini, hari ini.
Justeru beliau menggesa pelajar universiti untuk sentiasa memantapkan diri bukan sahaja belajar setakat peringkat minima sahaja tetapi perlu berani melanjutkan pelajaran hingga peringkat tertinggi.
"Masa depan menuntut kita untuk berfikiran lebih kreatif dan bijak untuk menghadapi cabaran mendatang," ujarnya.-Sarawakiana

Bersedia Dengan Ledakan Teknologi
Reviewed by Unknown
on
August 29, 2016
Rating:
No comments: