Seo Services

Institut Pembelajaran Disleksia, Penghidap Dewasa Turut Diberi Keutamaan


KUCHING: Institut Pembelajaran Disleksia yang dibina dengan kos RM4 juta bakal memiliki blok vokasional bagi menempatkan penghidap disleksia dewasa.

Jurucakap Persatuan Disleksia Sarawak (DASwk) Joon Yuh Chyi berkata, dengan adanya blok khas itu nanti, penghidap disleksia dewasa dapat meningkatkan kemahiran masing-masing.

"Ini kerana kami akan menggunakan teknik pengajaran terbaik bersesuaian dengan kemahiran pembelajaran mereka," katanya.

Institut yang dijangka siap menjelang 2020 itu dibina di atas tanah seluas 1.5 ekar di Batu Kawah dan turut menempatkan bilik darjah, bilik guru, blok pentadbiran dan asrama.

Dalam usaha menggumpul dana untuk pembinaan institut tersebut, DASwk akan mengadakan Pesta Ria dan Makanan dan Kutipan Amal Disleksia 2016 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Tun Ahamad Zaidi Adruce pada 11 September bermula jam 9 pagi.

Sebanyak 70 gerai jualan disediakan dan buat masa ini 50 daripadanya sudah ditempah.

Pelbagai makanan bakal dijual seperti satay, nasi lemak, nasi minyak, kuih, ayam goreng, pai ayam dan banyak lagi.

DASwk memohon orang ramai, sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyokong serta menyumbang  sama ada dalam bentuk kewangan atau makanan untuk jualan.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun CIMB 80-0509004-0 (Dyslexia Association of Sarawak). -Sarawakiana
Institut Pembelajaran Disleksia, Penghidap Dewasa Turut Diberi Keutamaan Institut Pembelajaran Disleksia, Penghidap Dewasa Turut Diberi Keutamaan Reviewed by Azmin on August 30, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.