Seo Services

Khairy Minta Tempoh Teliti 'Pendrive'


PUTRAJAYA: Misteri 'pendrive' masih menjadi tanda tanya dan hanya akan terurai sebaik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meneliti keseluruhan 279 halaman dokumen berkenaan.

Menurut Khairy, setakat malam tadi dia baharu saja sempat meneliti beberapa halaman berkaitan ketirisan dan salah laku yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara terlalu sibuk dengan tugasan kerjanya.

Justeru, dia yang ditemui ketika sidang media pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) 21 Kilometer sebentar tadi, di sini, meminta semua pihak menunggu dengan penuh sabar sebelum ia didedahkan.

"Saya baru menerimanya Jumaat lalu, dan saya belum sempat menelitinya kerana pada Sabtu sibuk dengan tugasan di kawasan saya (Rembau). Ahad pula sibuk dengan program Fit Malaysia. "Saya hanya mula membacanya malam tadi dan tidak mungkin saya dapat habiskan 279 halaman dalam satu malam. Beri saya sedikit masa lagi sebelum saya kongsi dengan anda semua," katanya sebentar tadi.

BH Sukan semalam melaporkan Khairy tampil memberi jaminan tidak akan melindungi sesiapa pun dalam menangani isu yang hangat diperkatakan itu.

Tanda tanya itu mula tercetus sejak 18 Julai lalu apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa diberikan pendrive yang mengandungi maklumat rasuah dalam FAM daripada sumber yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur.

Beliau mendakwa pendrive itu turut menyimpan aktiviti rasuah dalam FAM yang didakwanya telah berlarutan selama 30 tahun dan tampil menyerahkan pendrive itu kepada Khairy Jumaat lalu.-BH

Khairy Minta Tempoh Teliti 'Pendrive' Khairy Minta Tempoh Teliti 'Pendrive' Reviewed by Unknown on August 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.