Seo Services

Taufan Nida Badai Hong Kong


HONG KONG – Hong Kong lumpuh semalam selepas tau­fan Nida membawa angin kencang dan hujan lebat, memaksa beratus-ratus penerbangan dibatalkan, manakala bursa saham, sekolah dan premis perniagaan ditutup.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir dan tanah runtuh berikutan angin selaju 151 kilometer sejam (km/j) membadai pulau itu diikuti hujan lebat pada waktu malam.

Jalan-jalan lengang pagi semalam ketika sekolah ditutup dan pekerja berada di rumah, sementara bas dan kereta api pula beroperasi secara amat terhad.

Beratus-ratus penerbangan dibatalkan ekoran taufan Nida membadai pulau itu lewat kelmarin.

Seorang jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang berkata, hanya 325 penerbangan berope­rasi antara pukul 6 pagi hingga 9 pagi (waktu tempatan) semalam berban­ding 1,100 penerbangan pada hari biasa.

Lebih 150 penerbangan dibatalkan kelmarin ketika ribut itu menghampiri Hong Kong dengan menyebabkan ramai penumpang terkandas.

“Saya tiba pada pukul 6 pagi tetapi kaunter-kaun­ter ditutup. Tiada sebarang notis dikeluarkan,” kata seorang penumpang yang menuju ke Australia kepada stesen televisyen Now TV.

Syarikat penerbangan utama Hong Kong, Cathay Pacific dan anak syarikatnya, Dragonair membatalkan semua penerba­ngannya selama 16 jam dari pukul 10 malam kelmarin hingga 2 petang semalam (waktu tempatan).

Selain itu, bursa saham turut ditutup pagi semalam.

Taufan Nida kemudian bergerak menuju ke selatan China dengan Guangzhou mengeluarkan amaran peringkat merah untuk kali pertama dalam sejarah bandar raya itu. – AFP
Taufan Nida Badai Hong Kong Taufan Nida Badai Hong Kong Reviewed by uMieySurianie on August 03, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.