Seo Services

Turki Benarkan Polis Wanita Bertudung


TURKI: Kerajaan Turki buat kali pertamanya membenarkan pegawai polis wanita untuk memakai tudung sebagai sebahagian daripada uniform mereka.

Menurut keputusan yang disiarkan dalam Official Gazette kelmarin, wanita yang berkhidmat dalam pasukan polis kini boleh menutup kepala mereka dengan tudung sama warna seperti pakaian seragam dan tanpa corak di bawah topi atau beret.

Langkah itu akan berkuat kuasa tidak lama lagi, selain bertujuan membantu anggota polis wanita menutup aurat ketika bertugas.

Pada tahun 2010, Ankara menarik balik larangan memakai tudung di kampus universiti dan tiga tahun kemudian, pelajar perempuan di institusi negeri dibenarkan berhijab.

Setahun selepas itu, pelajar sekolah tinggi turut dibenarkan bertudung.

Awal bulan lalu, polis di Scotland turut meluluskan undang-undang sama membenarkan tudung menjadi sebahagian daripada seragam rasmi dalam usaha mewujudkan pelbagai kuasa. - Press TV

Turki Benarkan Polis Wanita Bertudung Turki Benarkan Polis Wanita Bertudung Reviewed by uMieySurianie on August 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.