KUCHING: Undang-undang dan sistem pengurusan kebakaran di Indonesia perlu dipinda untuk menyelesaikan jerebu rentas sempadan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada masa sekarang undang-undang di negera jiran itu pembakaran di atas tanah yang mempunyai keluasan kurang 0.8 hektar masih dibenarkan.
"Kita (Malaysia) tidak membenakan pembakaran seperti ini. Diharapkan Indonesia dapat melakukan apa yang kita buat agar perkara ini (jerebu rentas sempadan) dapat diselesaikan (dikurangkan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi GiatMara di sini, hari ini.
Bagaimanapun menurutnya, beliau masih yakin dengan janji kerajaan Indonesia yang mana langkah-langkah perlu akan diambil bagi mengatasi masalah tersebut menjelang 2020. -Sarawakiana.
Undang-Undang Kawal Jerebu Indonesia Perlu Diubah
Reviewed by Unknown
on
August 30, 2016
Rating:
No comments: