Seo Services

Usahawan Tingkat Perlu saha Pelbagaikan Produk


BETONG: Usahawan diminta terus meningkatkan usaha dalam mempelbagaikan produk masing-masing untuk menambah pendapatan dalam industry yang semakin berkembang dan menjadi keperluan penduduk setempat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata usahawan aktif boleh mempelbagaikan jualan mereka untuk diketengahkan dengan keperluan dan kehendak masyarakat yang sentiasa mengharapkan hasil yang memuaskan.

Katanya Showcase Keusahawanan dan Karnival Kepenggunaan ini adalah ruang terbaik disertai kerana usahawan boleh menambah pendapatan masing-masing dengan mengetengahkan produk jualan dan peluang untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

“Penyertaan amat menggalakkan daripada usahawan tempatan dan kehadiran usahawan luar menjadikan program yang dirancang sebagai lubuk rezeki mereka,” katanya pada Program Showcase Keusahawanan, Karnival Kepenggunaan dan Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) edisi ketiga Betong 2016 di sini semalam.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar itu berkata di bawah kementeriannya program mentransformasikan kawasan luar bandar mengetengahkan pembangunan usahawan untuk memberi peluang besar kepada mereka mengeluarkan produk-produk makanan dan kraf tangan.

“Kerajaan amat menggalakkan usahawan dari luar bandar menceburi bidang keusahawanan bagi menambah dan mempelbagaikan hasil pendapatan.

“Ini berikutan pertambahan populasi penduduk di negeri ini memberi ruang untuk pengusaha produk makanan dan pakaian yang menjadi keperluan harian,” ujarnya.

Jelasnya, kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan kewangan, latihan, bimbingan dan pelbagai bantuan lain turut didedahkan melalui program-program dianjurkan.

Tambahnya, program Karnival Kepenggunaan adalah usaha murni kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) memberi ruang masyarakat mengetahui tentang hak-hak pengguna mendapatkan barang keperluan dan cara-cara menguruskan perbelanjaan.

“Pada masa sama turut diadakan Ceramah Kepenggunaan dan Tip Pengguna Bijak amat berguna kepada masyarakat mengetahui hak dan kewajipan yang harus diambil serta tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap peniaga,” katanya.

Seramai 114 usahawan mengambil bahagian pada aktiviti jualan melibatkan produk berasaskan bekalan pertanian dan automobil, ruang pameran dan gerai jualan makanan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu, ADUN Lingga Simoi Peri, ADUN Engkilili Dr Johnycal Rayong Ngipa, Residen Bahagian Betong Datu Romie Sigan Daniel, pengerusi jawatankuasa penganjur Galong Luang, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH) Jabatan Perdana Menteri Zulkarnain Masrol dan Ketua Cawangan KPDNKK Sarawak Thomas Chua. - UB
Usahawan Tingkat Perlu saha Pelbagaikan Produk Usahawan Tingkat Perlu saha Pelbagaikan Produk Reviewed by Azmin on August 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.