Seo Services

Video: Lelaki Gosok Kemaluan Depan Pekerja 7-Eleven


KUCHING: Seorang lelaki tidak siuman bertindak melakukan perbuatan keji dengan menunjukkan kemaluannya ke arah dua kakitangan wanita dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini, Sabtu lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook I Love Sarawak, kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu dilaporkan berlaku di premis 7-Eleven di Sekama, kira-kira pukul 4.14 petang.

Melalui rakaman, lelaki tersebut dilihat masuk ke kedai sambil ‘membuka’ kemaluannya dan terus mengosok-gosok di hadapan dua kakitangan kedai tersebut.

Terkejut dan takut dengan tindakan pelik lelaki itu, mereka menjauhkan diri daripada lelaki terbabit yang kemudian keluar dari kedai.

Difahamkan, lelaki tidak siuaman itu sering melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam dan di beberapa premis sekitar Kuching.


Orang ramai terutamanya golongan wanita dinasihatkan untuk berhati-hati dan diminta pihak polis mengambil langkah segera bagi mengelak daripada kejadian yang lebih buruk berlaku. – MYNEWSHUB.CC


Video: Lelaki Gosok Kemaluan Depan Pekerja 7-Eleven Video: Lelaki Gosok Kemaluan Depan Pekerja 7-Eleven Reviewed by uMieySurianie on August 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.