KUCHING: Sebanyak 200 saman dan 70 buah motosikal disita dalam Operasi Bersepadu sempena ambang merdeka di sini malam kelmarin.
Kawasan tumpuan adalah sekatan jalanraya (SJR) di beberapa kawasan di Jalan Sherip Masahor, Jalan Wan Alwi, Jalan Barrack dan Jalan Padungan di mana sebanyak 63 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan operasi Op Samseng Jalanan di Dataran Masja.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai dalam satu kenyataan berkata, seramai 129 anggota termasuk pegawai telah dikerahkan sepanjang operasi berlangsung diketuai dirinya sendiri.
“Dalam sekatan jalan raya dan operasi di Masja, kita turut memeriksa individu jika ada rekod jenayah atau dalam senarai orang dikehendaki, dan pihak kita menyita 70 motosikal dan mengeluarkan 142 saman atas pelbagai kesalahan seperti ekzos bising, tidak mempunyai lesen, tiada cermin sisi, dan plat pendaftaran tidak sah.” jelasnya.
Operasi berakhir jam 5 pagi semalam dan sebanyak 1,030 individu diperiksa serta 45 pekerja tempatan dan warganegara asing di tapak pembinaan di Jalan Tun Jugah yang didapati memenuhi syarat pekerjaan.
Kesemua kenderaan yang disita dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Simpang Tiga untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
70 Motosikal Disita, 200 Disaman Pada Ambang Merdeka
Reviewed by Unknown
on
September 01, 2016
Rating:
No comments: