Seo Services

'Beyond Nation', Kempen Galak PKS Teroka Pasaran Luar

Foto Berita Harian
PUTRAJAYA: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melancarkan kempen 'Beyond Nation' yang antara lain bertujuan mempromosikan kegiatan eksport sebagai budaya perniagaan di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Majlis pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan Perdana Putra di sini sebentar tadi.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mustapa berkata, kempen ini bertujuan merakyatkan eksport bersandarkan beberapa tonggak utama iaitu komunikasi, mendidik dan memupuk PKS pelbagai peringkat, khususnya pengeksport kali pertama.

"Inisiatif kempen ini bertujuan menggalakkan lebih ramai PKS meneroka dan memperluaskan pemasaran produk mereka ke luar negara. Biarpun hampir 97 peratus pengukuhan perniagaan adalah menerusi PKS namun majoritinya hanya untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.

"Usaha ini adalah adalah satu inisiatif berterusan kerajaan untuk meningkatkan sumbangan eksport PKS daripada 17.6 peratus ketika ini kepada 23 peratus menjelang 2020," katanya pada sidang media di sini.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan menumpukan kepada tiga sektor utama iaitu pelancongan kesihatan, automotif dan aeroangkasa untuk membantu memantapkan lebihan dalam akaun semasa negara.

Katanya, pada separuh tahun pertama 2016, jumlah lebihan akaun semasa adalah 1.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding separuh tahun pertama tahun lalu, iaitu 3.1 peratus. -BH
'Beyond Nation', Kempen Galak PKS Teroka Pasaran Luar 'Beyond Nation', Kempen Galak PKS Teroka Pasaran Luar Reviewed by Unknown on September 01, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.