Seo Services

Nenek 100 Tahun Menang Pingat Emas Acara Lari 100 Meter


Seorang wanita berusia 100 tahun berjaya menamatkan larian sejauh 100 meter dengan catatan masa satu minit 21 saat dalam acara Masters Games di Vancouver, Kanada baru-baru ini.

Laporan Mail Online menyebut, wanita berkenaan, Man Kaur, berasal dari India, meraih pingat emas dalam acara tersebut kerana dia merupakan satu-satunya peserta yang bersaing dalam kategori umurnya.

Lebih menarik apabila wa­nita itu sampai ke garisan penamat, berpuluh-puluh peserta bagi kategori lain turut berada di lokasi pertandingan untuk memberi sokongan kepadanya.

“Apabila dia menang, dia akan kembali ke India dan begitu seronok memberitahu kemenangannya kepada orang lain. Kemenangan membuatkannya gembira.

“Ibu memberi semangat kepada wanita warga emas supaya mereka perlu berlari, menjaga pemakanan dan menggalakkan anak-anak mereka mengambil bahagian dalam acara seum­pama ini,” kata anak lelaki Man Kaur, Gurdev Singh, 78.

Dalam pada itu, bekas atlet olahraga Kanada, Charmaine Crooks yang juga Duta Masters Games memuji semangat dinamik dimiliki Man Kaur.

“Apa yang dilakukannya itu memberi inspirasi kepada saya. Dia juga memberi inspirasi kepada semua, sama ada untuk golo­ngan muda atau tua,” katanya.-tv14
Nenek 100 Tahun Menang Pingat Emas Acara Lari 100 Meter Nenek 100 Tahun Menang Pingat Emas Acara Lari 100 Meter Reviewed by Unknown on September 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.