KUALA LUMPUR: Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatan di stesen dan laluan terpilih sempena ambang Tahun Baru 2017 bagi memenuhi keperluan orang ramai untuk menghadiri sambutan itu.
Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata, perkhidmatan sistem rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi bagi stesen terpilih dan 11 laluan bas Rapid KL.
“Walaupun pintu masuk di stesen-stesen lain ditutup seperti jadual biasa, para pengguna masih boleh keluar dari mana-mana stesen sehingga 2 pagi untuk meneruskan perjalanan.
“Oleh itu, kami menyarankan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam pada hari berkenaan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web www.myrapid.com.my.- Utusan Malaysia
Ambang 2017: Rapid KL Lanjut Perkhidmatan Sehingga 2 Pagi
Reviewed by uMieySurianie
on
December 29, 2016
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
December 29, 2016
Rating:

No comments: