SEOUL: Syarikat penerbangan Korean Air semalam berkata, anak kapalnya bakal dibenarkan bertindak lebih agresif menggunakan pistol pegun selain memastikan lebih ramai kakitangan lelaki bertugas dalam pesawat untuk menghalang penumpang yang sukar dikawal selepas satu kejadian minggu lalu.
Syarikat itu berkata, ia memperketat kawalan keselamatan selepas penyanyi pop 1980-an terkenal Amerika Syarikat Richard Marx menyelar Korean Air di media sosial kerana gagal menangani kejadian itu sebaiknya.
Jurucakap syarikat Nathan Cho berkata, setakat ini penggunaan pistol pegun dihadkan untuk keadaan membabitkan ancaman langsung terhadap nyawa penumpang, anak kapal atau navigasi.
“Bagaimanapun, peraturan mengenai penggunaan pistol pegun akan dipinda untuk membolehkan anak kapal menggunakan senjata itu dengan lebih agresif.
Selain itu, katanya, syarikat akan memastikan sekurang-kurangnya seorang pramugara ada dalam setiap penerbangan, membekalkan lebih banyak tali untuk mengikat penumpang sukar dikawal selain mempertingkat latihan kecemasan untuk anak kapal di dalam kabin.
Minggu lalu, Marx berkata, dia terpaksa campur tangan dan membantu anak kapal yang ‘tidak terlatih dan tidak tahu apa yang patut dibuat’ untuk menahan seorang penumpang yang bertindak ganas dalam penerbangan ke dari Hanoi ke Seoul.
Rakaman disiarkan televisyen tempatan menunjukkan seorang penumpang lelaki meludah, menumbuk dan menggapai sambil beberapa pramugari dan penumpang lain bergelut untuk mengikatnya menggunakan tali.
Marx berkata, kejadian itu berlarutan empat jam sehingga dia dan beberapa penumpang lelaki akhirnya masuk campur. - Agensi
Boleh 'Pegun' Penumpang Agresif
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2016
Rating:

No comments: