Seo Services

Aram Ngupi : Tiada Alasan Untuk Tidak Hantar Anak Bersekolah


Semalam penulis lepak di Kafe Mak Wa bersama rakan yang terdiri dari berbagai kaum. Biasalah kalau sudah jumpa berbagai cerita akan menjadi topik perbualan. Sambil menghirup kopi 'O' panas kurang manis, rakan membangkitkan cerita pasal anak yang akan masuk sekolah pada awal tahun 2017.

Berbagai pandangan mereka lontarkan dan sebagai ibubapa sudah menjadi kewajipan untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Mereka sependapat bahawa hari ini bagi mereka tidak alasan lagi untuk tidak menghantar anak ke sekolah. Walau miskin bagaimana sekalipun, kerajaan tidak akan mengabaikan pendidikan anak-anak dan mempunyai dasar yang baik agar anak-anak boleh bersekolah.

Bagi mereka, kerajaan hari ini memiliki dasar yang begitu berkesan dan berbagai bentuk bantuan telah dilaksanakan lebih-lebih lagi masyarakat yang miskin. Yuran sekolah dimansuhkan, bantuan RM100, bantuan buku dan sebagainya bagi mengurangkan beban keluarga berpendapatan rendah. Ia dilakukan demi kepentingan pendidikan anak-anak agar tidak seorang pun anak-anak di Malaysia tercicir dalam pendidikan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpamanya memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak sebelum sesi persekolahan bermula dan terdapat banyak lagi sumbangan diberi dari masa ke semasa. Betapa beruntungnya masyarakat Malaysia yang mempunyai kerajaan yang perihatin terhadap masalah rakyat.

Menariknya pendapat mereka dan tahap kesedaran terhadap pendidikan anak-anak sudah meningkat serta memahami konsep yang dibawa oleh kerajaan. Yang penting bagi mereka ialah sering mengikuti maklumat sahh dari kerajaan agar pendidikan anak-anak terus terjamin dimasa depan.- Sarawakiana
Aram Ngupi : Tiada Alasan Untuk Tidak Hantar Anak Bersekolah Aram Ngupi : Tiada Alasan Untuk Tidak Hantar Anak Bersekolah Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.