KUCHING: Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) digabung bersama acara perniagaan memberi rangkaian terus global memacu perubahan mapan dan pembangunan untuk masyarakat setempat serta menjadikan Sarawak lebih dekat kepada dunia.
Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ratusan delegasi antarabangsa Kongres Antarabangsa ke-55 dan Konvensyen Persatuan (ICCA) 2016 yang diadakan pada bulan November telah membawa spesies terancam Orang Utan ke mata dunia.
Inisiatif CSR ICCA 2016, adalah Projek Orangutan Borneo (BOP) – menarik penjaga antarabangsa baharu untuk Orang Utan tinggal di kawasan Hidupan Liar Semenggoh di sini.
Pihaknya berjaya mengumpul sejumlah RM20,000 melalui pakej gangsa dan pakej perak RM30,000 untuk enam anak Orang Utan tersebut.
Sementara itu dalam usa-ha memberi inspirasi dan mengalakkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak luar bandar, Persatuan Pustakawan Malaysia (Bab Sarawak) dan Kongres ICCA 2016 turut menjalankan inisiatif ‘Bookshare’ untuk mendapatkan jumlah sumbangan sebanyak 358 buku untuk lima buah sekolah dan dua buah kampung.
Inisiatif ‘Bookshare’ mempunyai potensi besar untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik,” kata Ketua Sektor Perkhidmatan Perpustakaan di Perpustakaan Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli.
Turut hadir adalah mantan Pengarah Serantau ICCA Asia Pasifik,Jane Vong Holmes dan Pengurus Besar Pemasaran dan Bahagian Jualan Biro Konvensyen Sarawak, Amelia Roziman. - UB
Delegasi ICCA perkenal spesies Orang Utan ke persada dunia
Reviewed by Azmin
on
December 29, 2016
Rating:
No comments: