KUCHING: Sebuah lori dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan merempuh tiang elektrik dan sebuah rumah di Kampung Sageng, Simunjan dekat sini awal pagi semalam.
“Insiden berlaku selepas hujan lebat dan keadaan jalan agak licin sekitar jam 5 pagi,” kata sumber.
Bagaimanapun, pemandu lori 10 tan itu terselamat dan tidak mengalami kecederaan dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan.
Namun, keadaan rumah yang dirempuh lori tersebut tidak diketahui.-UB
Lori 'Masuk' Rumah
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 29, 2016
Rating:

No comments: