Seo Services

Enam Maut Taufan Nock Ten Badai Filipina


ATANGAS - FILIPINA. Ribut taufan melanda utara Filipina menyebabkan enam orang maut manakala lebih 380,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman dan mencari tempat perlindungan, lapor AP.

Taufan Nock Ten turut menyebabkan bekalan kuasa di lima wilayah terputus selepas tiang elektrik dan pokok tumbang.

Lebih 300 penerbangan ditunda atau dijadualkan semula manakala perkhidmatan feri tidak beroperasi menyebabkan lebih daripada 12,000 pelancong terkandas.

Enam orang mati akibat lemas atau dihempap pokok dan tiang tumbang serta dinding konkrit yang runtuh di wilayah Quezon dan Albay, Tenggara Manila selepas taufan melanda wilayah Catanduanes, kata pegawai.

Banyak kem-kem tentera dan pos di Catanduanes dan wilayah-wilayah terpencil rosak dan beberapa tentera cedera, kata tentera.

Taufan Nock Ten atau dikenali sebagai taufan Nina oleh penduduk tempatan kemudian membadai ke arah barat seluruh wilayah pergunungan dan pulau merosakkan rumah menumbangkan pokok dan memutuskan sistem komunikasi.

Taufan ini adalah salah satu yang paling kuat membadai Filipina sejak Taufan Haiyan mengakibatkan lebih 7,300 orang maut atau hilang dan lebih 5 juta kehilangan tempat tinggal pada tahun 2014.-SH
Enam Maut Taufan Nock Ten Badai Filipina Enam Maut Taufan Nock Ten Badai Filipina Reviewed by Unknown on December 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.