Seo Services

Lelaki Hilang Di Sg Mah Ditemui Lemas


BELAGA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing Jumaat lalu berakhir berikutan penemuan mayat mangsa pagi tadi.

Mangsa, Sudan Yan,28 berasal dari Rh. Tahir
ditemui oleh pasukan bomba sukarela 15 kilometer di sekitar Sg Mah yang terletak 3 jam jika berjalan kaki dari kampung mangsa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga semalam dan satu laporan polis telah dibuat dan makluman kehilangan dilaporkan terus ke Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu.

Sepasukan anggota bomba sukarela Belaga dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

"Mangsa dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak keluar memancing pagi Jumaat lalu dan laporan polis dibuat semalam,"katanya.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
Lelaki Hilang Di Sg Mah Ditemui Lemas Lelaki Hilang Di Sg Mah Ditemui Lemas Reviewed by Unknown on December 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.