Seo Services

Grup WhatsApp Saudi Galak Suami Poligami


RIYADH – Satu grup WhatsApp diwujudkan di Arab Saudi bagi menggalakkan poligami sekali gus mengatasi masalah peningkatan bilangan janda bercerai, balu kematian suami dan wanita bujang.

Kelompok tersebut ditubuhkan oleh sekumpulan lapan pegawai pejabat pendaftaran perkahwinan di Arab Saudi, menurut akhbar berpengaruh Saudi Gazette yang dipetik pelbagai agensi berita antarabangsa di sini hari ini.

Akhbar tersebut bagaimanapun tidak memberikan nama para pegawai terlobat namun ia melaporkan mereka berjaya menubuhkan kumpulan menerusi aplikasi mudah alih berkenaan di bawah nama “poligami”.

Menurut Saudi Gazette, ahli kumpulan itu menyebarkan mesej-mesej WhatsApp yang menyeru ramai pemuda di negara itu supaya mengambil lebih daripada seorang isteri sekali gus menggalakkan poligami dalam kalangan lelaki.

Menu
Logo
BUKAN BERITA ONLINE BIASA
Grup WhatsApp Saudi Galak Suami Poligami
Grup WhatsApp Saudi Galak Suami Poligami
Published on Dec 26, 2016 in Gaya Hidup/Utama & Sensasi
RIYADH – Satu grup WhatsApp diwujudkan di Arab Saudi bagi menggalakkan poligami sekali gus mengatasi masalah peningkatan bilangan janda bercerai, balu kematian suami dan wanita bujang.

Kelompok tersebut ditubuhkan oleh sekumpulan lapan pegawai pejabat pendaftaran perkahwinan di Arab Saudi, menurut akhbar berpengaruh Saudi Gazette yang dipetik pelbagai agensi berita antarabangsa di sini hari ini.

Akhbar tersebut bagaimanapun tidak memberikan nama para pegawai terlobat namun ia melaporkan mereka berjaya menubuhkan kumpulan menerusi aplikasi mudah alih berkenaan di bawah nama “poligami”.

Menurut Saudi Gazette, ahli kumpulan itu menyebarkan mesej-mesej WhatsApp yang menyeru ramai pemuda di negara itu supaya mengambil lebih daripada seorang isteri sekali gus menggalakkan poligami dalam kalangan lelaki.



Enjoy the best of Malaysia
Cheaper than Hotels! Book an apartment for your next family holiday to Malaysia. Checkout...
Tempah Sekarang

Keadaan itu kata mereka, demi mengurangkan bilangan wanita tempatan yang masih tidak berpunya. Mereka sudah mengumpul data sekitar 900 wanita yang terdiri daripada janda diceraikan, balu kematian suami dan wanita dara.

Kumpulan WhatsApp tersebut mendakwa sudah mengumpul data yang mencukupi tentang wanita yang tidak kisah menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, lapor Saudi Gazette.

Senarai itu terdiri daripada wanita Saudi, Yaman, Maghribi, Syria, Palestin, Mesir, Nigeria, Bangladesh, Cina, Pakistan dan lain lagi.

WANITANYA BERIJAZAH SARJANA, KEDOKTORAN, PENSYARAH


perkahwinan dapat menghubungi mereka setiap kali ada jejaka yang berminat untuk bernikah dengan mereka, meskipun hanya memberikan kerakyatan dan nama suku kaum mereka.

Laporan Saudi Gazette itu menyatakan, wanita-wanita itu berusia antara 18 hingga 55 tahun, setinggi 140 hingga 177 sentimeter dan seberat 45 hingga 98 kilogram – sesuai untuk pelbagai cita rasa.

Pendidikan mereka juga bukan calang-calang – ada yang mempunyai sarjana, ijazah kedoktoran dan ada pula pensyarah universiti.

SYARAT YANG MENARIK

Bahkan, berita baik untuk lelaki-lelaki Saudi – para pegawai perkahwinan berkata mereka bersedia untuk membantu mencarikan mereka jodoh tanpa sebarang bayaran.

Bagaimanapun, menurut Saudi Gazette, sesetengah wanita itu mengajukan syarat-syarat yang mungkin sukar dipenuhi – salah seorang meminta hantaran kahwin 60,000 riyal Saudi (S$23,140) dan ada pula mahu lelaki yang sudah menghafal seluruh Al-Quran.
– Agensi
Grup WhatsApp Saudi Galak Suami Poligami Grup WhatsApp Saudi Galak Suami Poligami Reviewed by Unknown on December 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.