Seo Services

Konstabel Terburai Perut Dirobek Kerambit


GOMBAK: Konstabel polis cedera di perut selepas ditikam kerambit di restoran di Selayang Point Condo, Selayang, 5.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, anggota berusia 26 tahun terbabit yang bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman kini sedang dirawat di Hospital Selayang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya, ekoran insiden itu, polis menahan dua lelaki berusia 24 yang ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Siasatan awal mendapati, pergaduhan berpunca daripada tindakan mangsa membuat pesanan roti canai dengan suspek yang disangka pekerja restoran berkenaan.

"Bagaimanapun, ketika beredar meninggalkan restoran berkenaan, seorang daripada suspek menunjukkan isyarat lucah, menyebabkan mangsa terus mengejar kedua-dua suspek sebelum berlaku pergaduhan antara mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.-hm
Konstabel Terburai Perut Dirobek Kerambit Konstabel Terburai Perut Dirobek Kerambit Reviewed by Unknown on December 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.