Seo Services

IC Palsu Bernilai RM16,000


TAWAU: Tujuh beranak termasuk pasangan kembar ‘berputih mata’ apabila lima kad pengenalan yang dibeli bernilai RM16,000, Oktober lalu, adalah palsu sebelum mereka dicekup pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam Operasi Khas JPN Bilangan 2, di Kampung Seri Menanti Tanjung Batu, di sini, malam kelmarin.

Susulan penahanan itu, keluarga berkenaan baru menyedari mereka diperdayakan sindiket kad pengenalan palsu di daerah ini.

Menurut salah seorang suspek dikenali sebagai Asnahwati, 22, dia mendapat tahu mengenai kad pengenalan berkenaan daripada seorang kenalan dan diminta membayar sebanyak RM5,000 bagi sekeping kad pengenalan.

“Saya diberitahu mengenai kad pengenalan ini pada Julai lalu dan memohonnya tanpa mengesyaki ia adalah kad pengenalan palsu kerana ketika proses pembikinan kad pengenalan dilakukan dengan menggunakan sistem komputer termasuk diambil cap jari.

“Ia siap dalam tempoh dua hari dan proses pembikinan kad pengenalan itu dilakukan di sebuah hotel sebelum menggunakannya sejak dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui selepas ditahan JPN dalam operasi berkenaan.

Asnahwati berkata, dia dan ibunya membayar sebanyak RM5,000 untuk setiap satu kad pengenalan yang mereka miliki manakala tiga lagi dikenakan bayaran sebanyak RM6,000 untuk mendapatkan tiga dokumen pengenalan diri terbabit.

“Kami diminta membayar RM3,000 untuk setiap satu kad pengenalan namun kami hanya membayar sebanyak RM6,000 untuk tiga lagi dokumen termasuk kad pengenalan abang kembar saya.

“Selepas diserbu tadi (semalam), baru saya tahu bahawa ia adalah kad pengenalan palsu dan kami sudah diperdaya oleh kenalan terbabit,” katanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Seorang lagi suspek, Ziana Jalil, 30, berkata, dia diminta untuk menjadi jurugambar dan mengambil cap jari pembeli kad pengenalan palsu sebagai bayaran kad pengenalan palsu yang diperolehnya dua minggu lalu.

“Saya baru mendapat kad pengenalan ini dua minggu lalu dan belum membuat sebarang pembayaran iaitu sebanyak RM1,000 kerana diminta untuk bekerja sebagai jurugambar dan mengambil cap jari pembeli.

“Saya mengenali lelaki (dalang utama) itu tiga minggu lalu selepas mendapat tahu dari seorang rakan yang dipercayai dapat menyelesaikan masalah dokumen diri yang saya hadapi,” katanya.-myMetro
IC Palsu Bernilai RM16,000 IC Palsu Bernilai RM16,000 Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.