Seo Services

Kebakaran Kapasitor Di Dalam Lampu Antara Punca HSA Terbakar



SEGAMAT – Kebakaran pada kapasitor di dalam lampu dikenal pasti sebagai satu daripada punca insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, hujung Oktober lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima laporan penuh berhubung kebakaran HSA yang menyatakan bahawa satu daripada punca kebakaran adalah disebabkan kapasitor di dalam lampu yang terbakar.

“Di samping itu, mungkin juga ada bahan-bahan senang terbakar yang menyebabkan api merebak dengan cepat,” katanya.

Dr Subramaniam berkata demikian selepas menyerahkan bekalan peralatan kepada 46 penerima program 1Azam kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Parlimen Segamat, di sini hari ini, yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Beliau berkata kerajaan telah menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji semua laporan oleh pihak bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Suruhanjaya Tenaga bagi menilai semula proses tertentu yang terdapat pada kementerian dan pihak yang diberi tanggungjawab untuk menjaga hospital awam seluruh negara.

Dr Subramaniam berkata selain membuat kajian mengenai laporan kebakaran HSA, suruhanjaya siasatan tersebut akan memberi pandangan dari segi penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap sistem sedia ada.

“Bangunan HSA ketika ini sedang dalam proses pembaikan dan ia dijangka dibuka semula dalam masa enam bulan lagi,” katanya.

Beliau berkata kajian untuk mengatasi masalah kesesakan pesakit yang menerima rawatan di HSA akan turut dilakukan bagi menjamin keselesaan pesakit pada masa akan datang.

Pada 28 Okt lepas, kebakaran di HSA dikatakan berlaku dari sebuah bilik rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Kejadian kira-kira 9 pagi itu mengakibatkan enam pesakit maut, tiga kakitangan hospital cedera manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan. – BERNAMA
Kebakaran Kapasitor Di Dalam Lampu Antara Punca HSA Terbakar Kebakaran Kapasitor Di Dalam Lampu Antara Punca HSA Terbakar Reviewed by uMieySurianie on December 23, 2016 Rating: 5

1 comment:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.