Seo Services

Kemalangan Di Sibu Ragut 2 Nyawa


SIBU: Dua wanita terbunuh manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, petang semalam.

Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Chong Jai Fong, 33, dan Ranie Kaw berusia 32 tahun.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang, kereta yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pradom/Jalan Sibu-Sarikei, dekat sini.

Sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Mayat kedua-dua mangsa yang terpaksa dikeluar dengan bantuan anggota bomba selepas tersepit di bahagian belakang kereta termasuk dua mangsa yang tercedera dibawa ke Hospital Sibu.

Sementara itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Punca kejadian itu masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.-UB
Kemalangan Di Sibu Ragut 2 Nyawa Kemalangan Di Sibu Ragut 2 Nyawa Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.