Seo Services

Kesesakan, kekurangan tempat parkir HUS isu serius perlu perhatian segera

Image result for hospital umum sarawak

KUCHING: Kesesakan trafik dan kekurangan tempat letak kereta di Hospital Umum Sarawak (HUS) isu serius yang memerlukan perhatian segera kerajaan negeri.

Naib Pengerusi Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni berkata, keperluan untuk pembinaan tapak letak kereta bertingkat HUS telah lama diakui dan dibincangkan oleh rakyat serta pihak berkuasa.

“Saya berada di HUS baru-baru ini dan melihat sekitar tapak di hospital tetapi masih tidak ada apa-apa perkembangan dari segi pembinaan tempat letak kereta bertingkat seperti yang dicadangkan.

“Malahan pemimpin negeri telah berjanji kepada rakyat bahawa projek itu dalam perancangan,” katanya baru-baru ini.

Beliau memetik, pada 2014, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri ketika itu Datu Dr Zulkifli Jantan berkata, tempat letak kereta bertingkat telah ditenderkan kepada kontraktor dan kerja dijangka akan bermula Julai 2014.

Kemudian juga katanya, pada tahun 2016 Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian menyatakan bahawa projek berkenaan mungkin mengalami sedikit masalah disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhdimatan (GST).

“Di mana GST akan menyebabkan tambahan RM20 juta untuk kos pembinaan tempat letak kereta bertingkat yang menjadikan kos RM378 juta bagi projek yang dicadangkan.

“Saya ingin bertanya kepada Dr Sim, adakah rancangan membina tempat letak kereta bertingkat masih dalam rancangan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditentukan?” kata Voon.

Beliau berkata sebelum ini dalam bajet, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 bilion bagi membina dan menaik taraf hospital serta klinik di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru.

Namun katanya, adakah kerja-kerja meniak taraf yang dirancang di HUS khususnya tempat letak kereta bertingkat dalam senarai terbabit.

“Ia adalah isu tertunggak yang agak lama malahan kini dengan pertambahan pesakit di hopital semakin ramai maka isu ini bagai ‘mimpi ngeri’ kepada ahli keluarga pesakit.

“Saya percaya ia juga menjadi tekanan kepada semua kakitangan perubatan di HUS,” ujar beliau.

Sebagai contoh kata Voon, beliau terpaksa berpusing-pusing untuk mencari tempat letak kereta dan tiada pilihan melainkan menyinggahkan ahli keluarga di pintu masuk hospital.

“Bayangkan keluarga membawa orang yang tersayang untuk mendapatkan rawatan perubatan dan terpaksa menyinggahkan pesakit dan bagaimana jika pesakit yang terlalu sakit untuk berjalan?,” katanya.

Sehubungan itu jika kerajaan negeri masih melambatkan projek berkenaan ia diibaratkan kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat.
Kesesakan, kekurangan tempat parkir HUS isu serius perlu perhatian segera Kesesakan, kekurangan tempat parkir HUS isu serius perlu perhatian segera Reviewed by Azmin on December 28, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. Btl sgt... time pegi check up kandungan sendiri..park jauh tpaksa melangkah sampai tercungap2..nk parking dlm lepas subuh pegi baru dpt parking

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.