Seo Services

Kompleks Mahkamah, Lapangan Terbang Terima Ancaman Bom


KOTA BHARU: Kompleks Mahkamah Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini dikejutkan dengan panggilan palsu yang mendakwa terdapat ancaman bom di kedua-dua bangunan berkenaan.

Kosmo! difahamkan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan menerima panggilan palsu daripada seorang lelaki tidak dikenali kira-kira pukul 11.40 pagi tadi.

Ekoran kejadian tersebut menyebabkan semua kakitangan mahkamah dan orang awam diarahkan untuk mengosongkan bangunan berkenaan untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohd. Fakri Mazlan berkata, dua jentera dari Balai Kota Bharu dan Pengkalan Chepa serta sebuah unit paramedik diarahkan ke lokasi kejadian.

"Setakat ini, keadaan masih terkawal dan kita masih menunggu unit pemusnah bom (K9) untuk tindakan selanjutnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Kosmo! hari ini.

Terdahulu, operasi Mahkamah Syariah Kota Bharu terpaksa dihentikan seketika berikutan menerima ancaman sama pada 29 November lalu. - K! ONLINE



Kompleks Mahkamah, Lapangan Terbang Terima Ancaman Bom Kompleks Mahkamah, Lapangan Terbang Terima Ancaman Bom Reviewed by Unknown on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.