Seo Services

Kontena Rokok Dan Arak Bernilai RM10.5 Juta Dirampas


PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor berjaya menahan sebuah kapal dagang dan merampas sebanyak 37 kontena yang mengandungi rokok dan arak berdekatan Jeti Bukit Gombak, Pulau Carey di sini Jumaat lalu.

Kapal Prelude Port Smouth yang dipercayai dalam perjalanan dari Indonesia ke Filipina itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang hasil maklumat awam dan risikan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Pematuhan), Datuk Subromaniam Tholasy berkata, hasil pemeriksaan ke atas kapal terbabit telah menemui 37 kontena berisi rokok dan arak yang belum mendapat kelulusan Kastam bernilai kira-kira RM10.5 juta

"Nilai keseluruhan cukai bagi rokok dan arak yang dirampas ini dianggarkan bernilai antara antara RM60 hingga RM80 juta.

"Selain merampas kontena terbabit pihak kita turut menahan sembilan anak kapal warga Indonesia berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun,"katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam Selangor, Pulau Indah, di sini hari ini.

Subromaniam memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut dan memindah barang belum lulus Kastam. - K! ONLINE


Kontena Rokok Dan Arak Bernilai RM10.5 Juta Dirampas Kontena Rokok Dan Arak Bernilai RM10.5 Juta Dirampas Reviewed by Unknown on December 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.