Seo Services

Ahli Kongsi Gelap Dicekup


Dengkil: Polis menahan seramai 17 suspek dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap susulan pergaduhan dan tembakan di sebuah restoran di sini, semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi serta difahamkan, pergaduhan berkenaan dipercayai membabitkan dua kumpulan.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati, pergaduhan itu berpunca daripada salah faham selepas mereka berada di bawah pengaruh alkohol.

"Akibat mabuk, mereka bergaduh sebelum satu daripada kumpulan berkenaan beredar dari lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, dua jam kemudian, kumpulan itu datang semula ke restoran itu dengan seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Aziz berkata, satu daripada tembakan yang dilepaskan terkena pada sebuah kenderaan manakala, satu lagi gagal dikesan.

Justeru, katanya, pihaknya masih memburu beberapa lagi individu yang terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh danSeksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.-HM
Ahli Kongsi Gelap Dicekup Ahli Kongsi Gelap Dicekup Reviewed by Unknown on December 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.