Seo Services

Najib Ucap Takziah Pemergian Adik Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta keluarga, setelah kembalinya ke Rahmatullah adik beliau, Ahmad Dzulfikri Hamidi.

Dalam catatan terbaharu di laman media sosial Twitternya hari ini, Najib turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

"Takziah kepada @Zahid_Hamidi (Twitter rasmi TPM) dan keluarga atas pemergian adindanya, Ahmad Dzulfikri. Semoga Allahyarham dicucuri Rahmat. Al-Fatihah," kata Najib.

Ahmad Dzulfikri, 45, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, pukul 11.30 malam tadi.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Khairuddin Tarmizi memberitahu Bernama jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak selepas solat Jumaat hari ini. - Bernama



Najib Ucap Takziah Pemergian Adik Zahid Hamidi Najib Ucap Takziah Pemergian Adik Zahid Hamidi Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.