Seo Services

Pemuda Disyaki Rompak, Bunuh Ibu


KOTA BHARU: Kes rompak dan bunuh seorang wanita warga emas yang mayatnya ditemui dalam keadaan mulut, kaki dan tangan diikat kain di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai pada Isnin lalu memasuki episod baharu apabila anak tunggal wanita itu ditahan.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 12.03 malam kelmarin di rumah arwah ibunya, Rohani Musa, 60, semasa dia baru berbaring untuk tidur.

Selepas pengebumian ibunya pada petang Isnin lalu, suspek yang masih bujang dan menganggur itu dikatakan menghilangkan diri.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum itu, polis cuba mengesan suspek namun gagal kerana dia disyaki cuba menyembunyikan diri.

“Beberapa jam selepas pengebumian ibunya, suspek yang merupakan anak tunggal mangsa disyaki menghilangkan diri.

“Selepas dua hari mencari, malam tadi (semalam) polis berjaya menahan suspek di rumahnya ketika dia mahu tidur,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.-Kosmo



Pemuda Disyaki Rompak, Bunuh Ibu Pemuda Disyaki Rompak, Bunuh Ibu Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.