KUALA LUMPUR: Pada usia 10 tahun Ahmad Fathil Zakaria, 28, sudah membuktikan dia mampu menghasilkan lukisan ‘hidup’ sehingga guru menyangka bukan dia yang menghasilkannya.
Akibatnya, dia diberi gred C oleh gurunya kerana dituduh menghantar lukisan dihasilkan kakaknya.
Menurut Ahmad Fathil, dia mula melukis sejak berusia empat tahun lagi.
“Pada usia itu, selepas menonton cerita ‘Kami’ lakonan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, saya meniru apa yang saya lihat dalam filem itu dengan menconteng perkataan ‘Tookoo’ seperti ditulis Allahyarham di dinding dalam cerita itu.
“Apabila ibu bapa saya lihat, mereka terkejut kerana saya conteng sama seperti di dalam filem dan ketika itu saya belum pandai membaca,” katanya yang bekerja sepenuh masa sebagai pelukis dan mengkhususkan kepada lukisan realistik.-myMetro
Pernah Dapat C Subjek Lukisan, Kini Jadi Pelukis Realistik
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2016
Rating:

No comments: