Seo Services

Polis Sabah & Labuan Cemerlang Jaga Keselamatan, Keamanan



LABUAN – Kesemua kontinjen polis daerah di Sabah dan Labuan menunjukkan prestasi cemerlang dalam tugasan menjaga keselamatan dan keamanan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam kalangan anggota polis membolehkan perancangan dalam aspek penjagaan keselamatan berjalan lancar.

“Sepanjang perkhidmatan saya sebagai pesuruhjaya polis Sabah selama setahun, banyak usaha, latihan dan persediaan dilaksanakan bagi memantapkan tugas kepolisian dan menghadapi sebarang jenis ancaman serta jenayah rentas sempadan.

“Saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua ketua polis daerah serta ketua polis Labuan dan semua anggota yang memudahcara semua perancangan penjagaan keselamatan,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerjanya ke Balai Polis Labuan hari ini.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata peningkatan atau penurunan indeks jenayah bukanlah menggambarkan prestasi sebenar polis, tetapi kepuasan hati masyarakat mengenai keadaan keselamatan di persekitaran mereka.

“Saya tidak menerima aduan masyarakat berkenaan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap perkhidmatan polis tetapi lebih kepada memberi pandangan untuk membantu memperbaiki sistem perkhidmatan kepolisan,” katanya. – BERNAMA
Polis Sabah & Labuan Cemerlang Jaga Keselamatan, Keamanan Polis Sabah & Labuan Cemerlang Jaga Keselamatan, Keamanan Reviewed by uMieySurianie on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.