Seo Services

Setahun Hanya Boleh 4 Kali Jualan Murah


CHERAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah meminda beberapa peruntukan dalam usaha memastikan pelaksanaan jualan murah di negara ini lebih cekap, efisyen, dan dinamik serta berpaksikan rakyat.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, pindaan yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 itu baharu sahaja diwartakan dan akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.

"Antara pindaan tersebut adalah peniaga hanya dibenar menjalankan jualan murah sebanyak empat kali setahun iaitu tiga kali mengikut tarikh yang diwartakan oleh kerajaan dan sekali pada tarikh bebas.

"Jumlah barangan yang ditawarkan pada harga jualan murah pula hendaklah sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah barangan yang dijual oleh sesuatu premis tersebut manakala kadar paling minimum jualan murah yang ditawarkan pula ialah 10 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan jualan harga murah di Pusat Membeli Belah Aeon Cheras Selatan, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Roslan, kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan telah mewarta tiga tarikh baharu bagi peniaga menjalankan jualan murah bagi membantu perniagaan mereka serta merancakkan lagi kedatangan pelancong-pelancong luar negara ke Malaysia.

"Tarikh yang diwartakan itu adalah pada Jualan Awal Tahun (1 - 30 Mac 2017), Karnival Jualan Mega 1 Malaysia (15 Jun - 31 Ogos 2017) dan Jualan Akhir Tahun 1 Malaysia (1 - 31 November 2017).

"Satu lagi kuota yang diberikan kepada peniaga menjalankan jualan murah adalah pada tarikh bebas atas pilihan mereka sendiri, tetapi jika mereka mengadakannya pada hari yang tidak diwartakan seperti yang disebutkan tadi, maka kami akan kira mereka telah pun meggunakan kuota bebas ini," jelas beliau lagi. - K! ONLINE


Setahun Hanya Boleh 4 Kali Jualan Murah Setahun Hanya Boleh 4 Kali Jualan Murah Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.