Seo Services

Taufan Nock-Ten Dikesan, Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora



KUALA LUMPUR: Taufan Nock-Ten dikesan pada 852 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah pada 8 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata taufan itu dikesan pada latitud 14.4 Utara dan longitud 118.4 Timur dengan pergerakan ke arah Barat pada kelajuan 25 km sejam (kmsj).

Menurut jabatan itu, angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore dan Reef North hingga Sabtu ini.

Selain itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak setinggi hingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Reef South, Layang-Layang dan Palawan hingga Sabtu ini.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak hingga Sabtu ini.

"Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut," kata jabatan itu.- Bernama
Taufan Nock-Ten Dikesan, Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Taufan Nock-Ten Dikesan, Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Reviewed by uMieySurianie on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.