Seo Services

Wanita Maut Selepas Pikap Dipandu Jatuh Gaung


SIBU: Wanita berusia 35 tahun maut setelah kenderaan pacuan empat roda ditumpanginya terjatuh ke dalam gaung di Batu 62, Jalan Sibu-Bintulu berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Spiring di sini pagi semalam.

Sebuah ambulans EMRS dan FRT dengan kekuatan tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kemalangan sekitar jam 1.07 pagi.

Perjalanan sejauh 122 kilometer terpaksa diharungi sebelum tiba di lokasi kejadian jam 2.40 pagi.

Semasa di lokasi, pasukan penyelamat mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dua orang mangsa terjatuh ke dalam gaung.

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital berdekatan.

Mangsa maut dikenali Jumit Empalah manakala pemandu kenderaan seorang lelaki, Lebit Madang, 55, mengalami kecederaan.-UB
Wanita Maut Selepas Pikap Dipandu Jatuh Gaung Wanita Maut Selepas Pikap Dipandu Jatuh Gaung Reviewed by Unknown on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.