Seo Services

Terpotong Kepala Kemaluan Tanpa Sengaja



KUALA LUMPUR: Budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras di sini, Selasa lalu.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.

Sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.

"Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.

"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

"Pihak HCTM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL serta dilaporkan stabil," katanya.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan di Pondok Polis HKL selepas mendapat saranan daripada pihak hospital berikutan terdapat unsur kecuaian.

"Hasil soal siasat dilakukan mendapati doktor terbabit mengaku terlebih potong bahagian kepala kemaluan mangsa dengan tidak sengaja dan dia turut membuat laporan Balai Polis Batu 9, Cheras, selepas kejadian itu.

"Namun, semakan mendapati klinik itu masih belum didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memiliki borang B atau sijil kebenaran dari KKM untuk membuka klinik dan siasatan terperinci masih dijalankan berhubung kejadian ini," katanya.- Harian Metro
Terpotong Kepala Kemaluan Tanpa Sengaja Terpotong Kepala Kemaluan Tanpa Sengaja Reviewed by uMieySurianie on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.