Seo Services

Pelajar Maut, Motosikal Bertembung Van


KUCHING: Seorang pelajar maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah van dalam kejadian di Jalan Kuching-Sri Aman, kelmarin.

Mangsa, Ericson Kennedy, 15, dari Kampung Telagus, Simunjan disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Telagus sebelum dilanggar van dipandu Sia Yiik Kuong yang datang dari arah bertentangan.

Menurut sumber, insiden malang itu dipercayai berlaku ketika mangsa cuba memasuki simpang di kawasan Kampung Jirok.

Van yang dipandu lelaki berusia 53 tahun itu gagal mengelak motosikal ditunggang mangsa yang tiba-tiba membelok ke jalan bertentangan sebelum dirempuh.

Perlanggaran itu menyebabkan mangsa cedera teruk selepas dipercayai tercampak ke tepi jalan.

Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati oleh pihak ambulans sebaik tiba di tempat kejadian.

Bagaimanapun pemandu van dari Bintangor itu tidak mengalami sebarang kecederaan, sementara mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

Kes tersebut masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UB
Pelajar Maut, Motosikal Bertembung Van Pelajar Maut, Motosikal Bertembung Van Reviewed by Unknown on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.