Seo Services

Video: Suami Jutawan Kosmetik Tunjuk Perangai


MASIH ingat lagi dengan kes penderaan jutawan kosmetik yang mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya pada tahun lalu?

Kini wanita yang dikenali sebagia Hanni Borhan telah sedia memulakan hidup baharu di Korea Selatan selepas berjaya meninggalkan suaminya yang merupakan seorang penagih dadah, gila seks dan kaki pukul.

Bagaimanapun, pengasas Jamu Susuk Dara itu sekali lagi menjadi topik bualan netizen apabila dia bertindak memuat naik video anak bongsunya menangis dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai suaminya.

Menerusi perkongsian di laman sosialnya, Hanni bersama dua anak sulungnya hanya mampu terkaku melihatkan si kecil itu disepak oleh lelaki terbabit yang mempunyai tatu di bahagian lengan kanannya.

“Tak dapat saya, baby pun boleh jadi hal. Tak boleh nak video, takut dia nampak. Handphone selalu kena hempas.

“Bila di luar kawasan CCTV, memang kami akan kena. Mula-mula maki hamun, lama-lama sepak terajang.

“‘Bateri’ boleh tahan 3 ke 4 hari. Nanti dia okay, boleh gurau-gurau. Bila ‘bateri’ weak, siaplah. Bergurau pun tak boleh. Budak bising-bising pun tak boleh,” tulisnya pada kapsyen video.

Rakaman tersebut mengundang reaksi amarah netizen dengan memintanya untuk bersegera membuat laporan polis ekoran bimbang dengan keselamatan dirinya dan anak-anak.

Tidak kurang juga yang tampil menyalahkan dirinya disebabkan terlalu ‘bodoh’ kerana masih lagi ingin bersama dengan suaminya yang terang-terang merupakan seorang individu yang langsung tidak berperikemanusian. –MYNEWSHUB.CC

Video: Suami Jutawan Kosmetik Tunjuk Perangai Video: Suami Jutawan Kosmetik Tunjuk Perangai Reviewed by Unknown on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.