Seo Services

Naikkan gaji pemandu bas ekpres – SPAD

Image result for tan sri syed hamid albar
KUALA LUMPUR 26 Dis. - Pengusaha bas ekspres digesa berhenti mengamalkan budaya menawar gaji mengikut komisen bagi mengelakkan pemandu bas mengejar trip.

Sebaliknya Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mahu pengusaha bas menawarkan gaji pokok yang lebih tinggi kerana budaya mengejar komisen dipercayai menjadi punca pemandu bas keletihan dan tidak cukup rehat sehingga berlaku kemalangan.

Menurut beliau, gaji kecil juga merupakan penyebab menga­pa negara mengalami masalah kekurangan pemandu bas dan gagal menarik minat graduan menceburi bidang berkenaan sebagai kerjaya.

“Gaji pokok yang diberikan tidak besar tetapi dengan adanya komisen menyebabkan banyak pemandu bas cuba untuk mengejar jadual perjalanan. Kami sudah beritahu operator (pengusaha bas) perkara ini tidak boleh dibenarkan berlaku.

“Operator digalakkan memberi gaji pokok lebih tinggi namun bagi membolehkan perkara ini dilakukan kerajaan perlu membenarkan tambang bas ekspres ditentukan oleh pengusaha supaya lebih fleksibel,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Serahan Barangan Dapur dan Pakaian Kepada Komuniti Rohingya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pemandu bas ekspres yang menyebabkan 14 maut dalam nahas di Kilometer 137, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara kelmarin hanya tidur tiga jam sebelum memulakan pemanduan.

Bas yang membawa 30 penumpang dari Johor Bahru ke utara tanah air itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam cerun sedalam 6.6 meter.

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid berkata, SPAD akan mengadakan pertemuan bersama Institut Penye­lidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan beberapa jabatan lain bagi membincangkan tentang masa depan sistem pengangkutan awam negara dalam masa terdekat.

Ujar beliau, dalam pertemuan itu turut akan dibincangkan adalah aspek pembaharuan dalam sistem pengangkutan awam seperti penggunaan tali pinggang keledar untuk bas eks­pres dan alat kawalan kelajuan yang sudah digunakan secara meluas di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

“Mungkin dalam pertemuan itu nanti segala urusan berkaitan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) boleh diberikan kepada SPAD bagi membolehkan kami mengambil tindakan kepada pengusaha yang tidak mengikut peraturan,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM), Saadan Man mengakui gaji pokok yang diterima oleh pemandu bas adalah serendah RM300 dan ada juga syarikat yang langsung tidak menawarkan gaji pokok.

Ujarnya, alasan yang sering diberikan oleh pengusaha bas untuk tidak memberi gaji lebih lumayan adalah peningkatan kos yang begitu ketara dalam semua aspek penyelenggaraan bas ekspres.

Naikkan gaji pemandu bas ekpres – SPAD Naikkan gaji pemandu bas ekpres – SPAD Reviewed by Azmin on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.