Seo Services

Lelaki Tumbuk Bapa & Kakak Hingga Cedera


SIBU: Polis menahan lelaki berusia 20 tahun di Kampung Seduan Jaya di sini selepas dipercayai menumbuk bapa kandung sendiri sehingga mendatangkan kecederaan di pipi kiri mangsa.

Dalam kejadian malam Sabtu lalu, suspek yang dipercayai mabuk pulang ke rumah sekitar jam 9.30 malam dan tiba-tiba menumbuk mangsa beberapa kali di pipi kiri.

Punca suspek menyerang dan menumbuk mangsa tidak diketahui.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami pendarahan hidung serta bengkak di pipi kiri dan merah mata kiri.

Anak perempuan mangsa yang berusia 22 tahun cuba menghalang kejadian tersebut turut ditumbuk oleh suspek sehingga cedera di kening kiri.

Polis yang menerima panggilan daripada jiran mangsa segera ke lokasi kejadian dan menahan suspek untuk dibawa ke balai.

Keesokannya (25 Disember), kedua-dua mangsa (bapa dan anak perempuan) membuat laporan di balai polis di sini.

Menurut bapa suspek, ini bukan pertama kali dia dipukul oleh suspek dan pernah dua kali dalam tahun sama.

Bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya, mangsa terpaksa membuat laporan polis.

Menurut mangsa, suspek pernah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak (Boys Home) di Kuching pada 2013.

Setelah keluar dari pusat itu pada 2015, suspek tinggal bersama mangsa dan kadang-kadang dibawa tinggal bersama di rumah kawasan pembinaan.-UB
Lelaki Tumbuk Bapa & Kakak Hingga Cedera Lelaki Tumbuk Bapa & Kakak Hingga Cedera Reviewed by Unknown on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.