Seo Services

Tinggal Nota Sebelum Terjun


JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Taman Bukit Indah di sini, malam tadi, akibat tekanan.

Mangsa, Lee Kah Ling, ditemui dalam keadaan meniarap atas laluan pejalan kaki di bahagian tepi sebuah blok di pangsapuri 17 tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.45 malam daripada pengawal keselamatan pangsapuri itu yang mengatakan terdapat seorang lelaki terjatuh.

Bagaimanapun, katanya, polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati seorang perempuan muda terbaring di laluan pejalan kaki dengan kesan darah di bahagian kepala.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kecederaan lain di pinggang sebelah kiri, kedua-dua lutut, kedua-dua siku dan bahagian muka atau mulut berdarah. "Mangsa berpakaian baju hitam, seluar pendek berwarna merah jambu dan seluarnya terkoyak.

"Terdapat satu beg sekolah di tepi mangsa dan mangsa tidak memakai kasut," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut kemudian dijalankan di pangsapuri berkenaan dan polis menjumpai sepasang selipar berwarna coklat di atas lantai pada tepi dinding bersebelahan tangga di tingkat 16 dan terdapat sepucuk surat bertulisan cina ditinggalkan atas tembok.

Katanya, tiada saksi yang melihat mangsa terjun daripada tingkat 16 itu, namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pelajar tingkatan tiga itu masuk ke dalam lif pada jam 8.02 malam dari tingkat satu pangsapuri berkenaan.

"Setakat ini, tiada kesan perbuatan jenayah ditemui dan mangsa dipercayai bunuh diri kerana tekanan.-myMetro
Tinggal Nota Sebelum Terjun Tinggal Nota Sebelum Terjun Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.