Seo Services

5,048 Mangsa Banjir Di Sarawak Tidak Berpindah Ke Pusat Pemindahan


KUCHING: Seramai 5,048 mangsa banjir di Sarawak terjejas kerana terputus hubungan dengan beberapa kawasan di Bahagian Miri seperti Marudi, Niah dan Beluru tetapi tidak berpindah ke pusat pemindahan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka di negeri ini.

"Setakat hari ini tiada pusat pemindahan dibuka dan jumlah mangsa (5,084 orang) adalah untuk memudahkan penyaluran bantuan dan rekod untuk diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) selain untuk tindakan susulan agensi-agensi penyelamat.

"Semua mangsa yang terjejas mendapat bantuan makanan yang diagihkan pada 25 hingga 27 Januari," menurut kenyataan tersebut.

Bagi mengelakkan pecanggahan maklumat dan data, hanya pihak Sekretariat Negeri yang diamanahkan JPBN Sarawak boleh mengeluarkan maklumat rasmi mengenai laporan bencana termasuklah banjir, tanah runtuh dan gempa bumi.

Disamping itu, maklumat boleh diperolehi menerusi portal rasmi bencana negeri dan Facebook APM Sarawak.-Sarawakiana

5,048 Mangsa Banjir Di Sarawak Tidak Berpindah Ke Pusat Pemindahan 5,048 Mangsa Banjir Di Sarawak Tidak Berpindah Ke Pusat Pemindahan Reviewed by Unknown on January 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.