Seo Services

Ahli Perniagaan Ditahan Selepas Penemuan Mayat Hampir Reput


SIBU: Susulan penemuan mayat hampir reput di kawasan semak Jalan Sungai Bidut petang semalam, seorang ahli perniagaan ditahan polis dirumahnya.

Penahanan lelaki berusia 34 tahun itu pada jam 4.50 petang dibuat selepas empat jam mayat ditemui polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato' Dev Kumar berkata, suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan mangsa sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak berkenaan.

Menurutnya, laporan mengenai kehilangan mangsa berusia 31 tahun dibuat ahli keluarganya kelmarin selepas dia tidak pulang sejak keluar dari rumah 22 Januari lalu.

"Mayat ditemui dalam keadaan reput pada bahagian muka dan mempunyai kesan parah di kepala.

"Dengan penahanan ahli perniagaan terbabit, polis yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan namun motif kejadian masih tidak dapat didedahkan buat masa ini," katanya.

Kes disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana
Ahli Perniagaan Ditahan Selepas Penemuan Mayat Hampir Reput Ahli Perniagaan Ditahan Selepas Penemuan Mayat Hampir Reput Reviewed by Unknown on January 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.