Seo Services

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak


PETRA JAYA: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg, sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam, di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Balai Mengadap Utama, Astana Negeri.

Abang Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok berusia 66 tahun adalah anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama, Tun Abang Openg.

Abang Johari turut memegang jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Urbanisasi dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.

Beliau ada juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Abang Johari menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia 1.24 tengah hari Rabu kerana komplikasi jantung.

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak  Reviewed by Unknown on January 13, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.