Seo Services

BN Mesti Menang Di Tanjung Datu


KUCHING : Pemergian Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah membuktikan semua rakyat begitu menyayangi kepimpinannya tanpa mengira kaum dan agama.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bit Surang berkata, terdapat kekosongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu setelah selama dua penggal diwakili oleh Allahyarham.

"Allahyarham telah membuktikan kegigihan beliau membela rakyat dan membangunkan kawasan Tanjung Datu sepertimana ia dilihat banyak perubahan drastik di kawasan tersebut.

"Setelah Allahyarham tiada, maka DUN Tanjung Datu memerlukan kepimpinan baru yang akan dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung bila-bila masa," katanya kepada Sarawakiana.

Bit turut menyentuh bahawa rakyat terlalu menyayangi Allahyarham Ketua Menteri dan rakyat kawasan Tanjung Datu seharusnya 'Walk The Talk' untuk memilih wakil dari Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan sayang kepada Allahyarham.

"Allahyarham begitu dekat di hati rakyat dan sudah semestinya rakyat kawasan Tanjung Datu lebih memahami dan mengenali Allahyarham secara lebih dekat.

"Walaupun Allahyarham telah tiada, legasi kepimpinannya haruslah daripada calon BN yang sama sebumbung dengan Allahyarham dalam parti PBB yang akan meneruskan perjuangannya nanti," ujarnya.

Tambah Bit, oleh itu sebagai menunjuk kasih sayang kepada Allahyarham, rakyat Tanjung Datu harus meneruskan perjuangan Allahyarham dengan memilih calon daripada BN pada PRK Tanjung Datu kelak.-Sarawakiana
BN Mesti Menang Di Tanjung Datu BN Mesti Menang Di Tanjung Datu Reviewed by Unknown on January 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.