Seo Services

'Kami Seperti Anak Yatim Yang Kehilangan Bapa'


KUCHING : Rakyat Sarawak berasa begitu sedih selepas pemergian Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah diibaratkan kehilangan seorang bapa tempat untuk bergantung hidup.

Rakyat turut merasa seperti anak yatim yang kehilangan seorang bapa yang telah menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada anak-anak.

Daud Gobil 67 tahun berasal dari Kampung Pulo merasa begitu sedih ditinggalkan oleh Allahyarham seperti kehilangan salah seorang ahli keluarga yang rapat.

"Allahyarham adalah seorang yang begitu baik kepada seluruh warga Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

"Yang menjadi tinggalan Allahyarham ialah usaha pembangunan yang begitu ketara dan rakyat mendapat manfaat daripada usaha beliau," katanya kepada Sarawakiana.



Andy yang merupakan Exco Pemuda PRS turut merasa sedih dengan berita kematian Ketua Menteri Sarawak dan begitu terasa kehilangan seorang pemimpin yang begitu berwibawa.

"Beliau telah berjuang bersungguh-sungguh untuk mengembalikan hak Sarawak dan pembangunan yang menjadi dasar utama iaitu pembangunan luar bandar," ujarnya.

Lim Su Koon pula yang berasal dari Sibu terkejut dengan berita kematian tersebut dan sanggup memandu dari Sibu ke Kuching hanya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ketua Menteri.

"Saya tidak menyangka Ketua Menteri begitu cepat pergi dan ia cukup-cukup menyedihkan bagi saya dan keluarga.

"Ketua Menteri telah banyak membantu kaum Cina dalam pelbagai aspek dan beliau layak mendapat kemenangan besar terutama kawasan yang majoriti Cina di Sibu dan Sarikei," jelasnya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang selepas solat zohor hari ini.-Sarawakiana
'Kami Seperti Anak Yatim Yang Kehilangan Bapa' 'Kami Seperti Anak Yatim Yang Kehilangan Bapa' Reviewed by Unknown on January 12, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.