Seo Services

'Kami Anak Semenanjung Turut Bersedih'



KUCHING : Kesedihan rakyat Sarawak atas pemergian Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem turut dirasai oleh rakyat Semenanjung malaysia.

Yati Abas warga Perak turut merasa sedih atas pemergian Ketua Menteri Sarawak yang begitu dekat di hati rakyat jelata.

Menurutnya, dia memang merasa sangat sedih walaupun merupakan anak Perak kerana sentiasa mengikuti perkembangan Allahyarham memimpin Sarawak.

"Bagi saya, Allahyarham seorang pemimpin yang 'Humble' dari segala segi baik dari segi pertuturan yang tertib, sentiasa peka dengan masalah rakyat Sarawak," katanya ketika dihubungi Sarawakiana.

Menurut Yati, Allahyarham seorang pemimpin yang sukar dicari ganti dan mendoakan semoga roh Allahyarham bersama para suhada dan para ambia.



Asrul Nizam dari Johor turut merasa sedih dengan berita pemergian Allahyarham Ketua Menteri Sarawak.

"Walaupun saya anak Johor, saya turut merasa sedih dan sayu atas pemergian Allahyarham seperti mana rakyat Sarawak bersedih.

"Bagi saya, kita mesti menghormati orang lama kalau ingin mencontohi kepimpinan Allahyarham.

"Bila kita rasa kehilangan itu tandanya orang itu hidupnya ada pendirian, berwawasan,berfikiran jauh dan penyayang. Kita anggap beliau sebagai ayah kepada anak-anaknya, maka kita akan rasa kasih seorang anak kepada orang tuanya. Contoh yang patut kita renungkan buat semua," ujarnya.

Bukan rakyat Sarawak sahaja merasa kehilangan malah rakyat Semenanjung Malaysia turut merasa kehilangan kerana Allahyarham memberi contoh kepimpinan yang terbaik untuk dicontohi oleh pemimpin di seluruh Malaysia.-Sarawakiana
'Kami Anak Semenanjung Turut Bersedih' 'Kami Anak Semenanjung Turut Bersedih' Reviewed by Unknown on January 12, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.